Concerntrated Mineral Drops

00:48 Unknown 0 Comments


Apa itu CMD?

Concentrated Mineral Drops (CMD) merupakan pemakanan mineral lengkap untuk memelihara kesihatan badan yang menyeluruh. Ia mengandungi Magnesium yang berkualiti tinggi bersama 72 jenis trace mineral. Ia bertindak aktif membantu proses pembersihan dalam hati, penyingkiran toksin dan kolesterol serta lemak daripada hati. Ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah, menyingkirkan lemak dari badan dan sekaligus melangsingkan badan. Yang paling penting, magnesium memelihara kesihatan jantung anda.


Macamana ia terhasil?
CONCENTRATED MINERAL DROPS berasal dari Tasik Great Salt, Bahagian Barat Amerika Utara di USA. Ia merupakan tasik pedalaman yang tertua di dunia. Ia adalah sisa Zaman Ais besar yang terakhir. Tasik Great Salt teleh mengumpulkan mineral dan trace mineral daripada pergunungan berbatu-batan di sekitarnya selama berpuluh-puluh ribu tahun.
Tasik Great Salt merupakan tasik terminal ke-4 terbesar dan terpekat di dunia. Setiap musim sejuk, purata 500 inci salji jatuh ke pergunungan yang mengelilingi Tasik Great Salt Lake. Pada musim luruh, air salji mencair sekaligus melarutkan mineral dari tanah dan batu batan dan dibawa ke tasik yang tiada pengaliran keluar. Matahari pada musim panas di Utah membuat air tasik mengewap dan meninggalkan mineral di dalamnya.
Hanya terdapat plankton kecil (brine shrimp) yang dapat bertahan dalam tasik yang mengandungi kadar garam begitu ekstrem. Plankton-plankton ini memakan bakteria yang terdapat dalam tasik lantas membersihkan air tasik. Hasilnya adalah perairan yang kaya dengan nutrien yang mengandungi lebih dari 70 mineral dan trace mineral ionic.
Oleh kerana tasik ini mempunyai kepekatan tinggi secara semulajadi, UMN, pengeluar titisan mineral ini di Amerika Syarikat; tidak perlu menggunakan proses kimia apapun untuk memperolehi atau menghasilkan mineral. Mereka hanya meneruskan proses yang telah dimulakan dengan kejadian alam. Dengan memanfaatkan spesifikasi dinamik pada setiap 4 musim, UMN seterusnya memekatkan air tasik tersebut dan membuang 99% sodium darinya. Hasilnya adalah keseimbangan mineral yang sempurna.
Untuk menghasilkan sebotol Trace Mineral Drops, ia memerlukan purata selama 2 tahun proses penyejatan 4 musim di kolam sejatan buatan manusia yang terletak di bahagian utara tasik, untuk mineral dan trace mineral sampai ke tahap imbangan yang betul.
Dalam proses ini UMN secara rutin menjalankan ujian untuk memastikan ia mencapai kepekatan dan keseimbangan yang optima. Hanya apabila faktor-faktor ini dalam paduan yang sempurna dan mematuhi kepiawaian UMN, barulah mineral ini diambil untuk dibotolkan.
Dengan penjelasan ini menunjukkan bahawa titisan mineral ini merupakan produk semulajadi dan bukan bahan kimia.








10 Sebab Kenapa ANDA Perlu Memiliki CMD HARI INI JUGA Demi Kesihatan & Kesejahteraan ANDA Sekeluarga

1. LENGKAP
Terdiri dari makro-mineral (magnesium,kalsium,potassium,klorida,sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD supplemen mineral yang lengkap.
2. IONIK
Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik memudahkan ia diserap oleh tubuh.
3. BERSIH/SUCI
CMD diekstrak dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).
4. ALAMI (NATURAL)
CMD bukan hasil buatan makmal. Ia semata-mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garamnya. (Tiada tambahan pewarna,pengawet,perasa tiruan). 100% alami.
5. SEIMBANG
Lengkap dan seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengankutan makanan dan arahan pusat saraf badan.
6. PEKAT
55 kali lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi, dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.
7. MEMUDAHKAN
Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).
8. MULTI FUNGSI
CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan :
– Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus
– Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
– Memangkinkan pembentukan sel baru
– Meningkatkan metabolisme badan
– Meningkatkan tenaga dan kevitalan
– Memelihara kulit dan rambut
– Menguatkan gigi dan rangka badan
9. HARGA WAJAR
Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.
10. TERBUKTI
Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia membuktikan CMD membantu kesihatan kita.
Titisan penawar ini sangat sesuai untuk keperluan penjagaan kesihatan seisi keluarga.



Macamana nak dapatkan CMD ini?

HUBUNGI/ WHATSAPP 019-2524169 ( NORUL) 
Egen Sah REVELL: MYTRE1094725

STARTER PACK KAMI BERMULA DENGAN HARGA RM178





You Might Also Like

0 comments: